Hidup tanpa sakit
Fisioterapi membantu proses pemulihan kecederaan dan kesakitan. Dapatkan rawatan fisioterapi untuk hidup tanpa sakit.
Rawatan Fisioterapi
Apa yang boleh dirawat dengan fisioterapi?
Ramai pesakit kami sudah mendapat manfaat dari sesi fisioterapi. Ini adalah antara kecederaan yang selalu kami rawat

Sakit Bahu
Sakit bahu menyebabkan anda tidak dapat menjalankan aktiviti biasa seperti menyikat rambut, menyidai baju dan menimang cucu.

Sakit Lutut
Menderita akibat sakit lutut apabila menaiki tangga, sujud ketika solat dan berjalan biasa. Sakit lutut boleh membataskan aktiviti harian.

Sakit Belakang
Duduk dengan lama atau postur yang tidak betul boleh menyebabkan sakit belakang. Ianya boleh dirawat dengan fisioterapi.

Sakit Tumit Kaki
Sakit tumit kaki boleh berlaku disebabkan banyak perkara. Antara penyebab sakit tumit kaki adalah Plantar fasciitis.

Kecederaan Sukan
Pemain sukan profesional biasanya melakukan fisioterapi sebelum dan selepas aktiviti sukan. Fisioterapi membolehkan anda beraksi pada prestasi optimum.

Sakit Leher
Berkerja dihadapan skrin komputer dan juga melihat telefon dengan postur yang salah boleh menyebabkan sakit leher. Sakit leher adalah kes yang kerap dirawat dengan fisioterapi.
Pelbagai alat terapi terkini

INTELECT® NEO THERAPY SYSTEM
Mesin ini membantu anda mengurangkan kekejangan otot (muscle spasms), mengelakkan otot mengecil akibat tidak digunakan (disuse atrophy) dan melancarkan peredaran darah.

TRITON 6M TABLE & TRACTION SYSTEM
Mesin ini akan digunakan untuk mengurangkan sakit belakang akibat sciatica dan pelbagai penyakit kecederaan tulang belakang.
Mengenai Kami
Mengenai kami
Di Pusat Fisioterapi Uzma, kami sentiasa memastikan klien kami mendapatkan rawatan fisioterapi yang berkualiti. Fisioterapi yang betul dapat mengurangkan kesakitan dan membolehkan individu menjalani kehidupan tanpa sakit dan kekal berdikari selama yang mungkin.



Pesediaan sebelum sesi fisioterapi
Apa yang perlu dilakukan sebelum datang untuk fisio?
Pakaian yang sesuai
Pakai baju yang longgar dan selesa. Ini akan memudahkan pergerakan semasa terapi manual.
Elak makan makanan berat
Elakkan makan makanan berat 1 jam sebelum sesi fisioterapi. Anda juga disarankan membawa air minuman sendiri.
Bawa X ray dan surat rujukan doktor jika ada
Bawa bersama surat rujukan doktor, laporan perubatan doktor atau X ray pada lawatan pertama sesi fisioterapi.
Pakej fisioterapi

Testimoni
★★★★★
“Makcik suka tempat ini. Selesa. Harga berpatutan. Dah kurang banyak sakit lutut makcik”
★★★★★
“Saya ambil pakej di sini. Suami dan anak pun buat fisioterapi disini juga ! “
Jangan hidup dalam kesakitan

013 929 0708
fisiouzma@gmail.com
Quick Links
Mengenai Kami
Rawatan
Lokasi